Maafkan aku,
Kerana terlupa,
Bahawa,
Jantung ini berdegup kerana Engkau,
Tangan ini dapat memegang kerana Engkau,
Kaki ini dapat melangkah kerana Engkau,
Mata ini dapat melihat kerana Engkau,
Telinga ini dapat mendengar kerana Engkau,
Hidung ini dapat bernafas kerana Engkau,
Mulut ini dapat berbicara kerana Engkau,
Dan bahawa segala-galanya adalah kerana Engkau.
Allah,
Ampunkan aku,
Kerana sering terlupa,
Kerana asyik terbuai dengan dunia,
Kerana asyik terbuai dengan dunia,
Sehingga hilang rasa syukurku padaMu,
Sehingga rasa berat untuk mendekatkan diriku padaMu
Sehingga mementingkan manusia lebih daripadaMu
Sehingga mengejar dunia lebih dari akhiratMu
Dan sehingga melebihkan semuanya daripadaMu
Allah,
Jangan tinggalkan aku kerana kealpaanku,
Jangan tinggalkan aku kerana kelalaianku,
Jangan tinggalkan aku kerana kesombonganku,
Jangan tinggalkan aku kerana kelalaianku,
Jangan tinggalkan aku kerana kesombonganku,
Kerana aku hanyalah hambaMu yang lemah,
Seorang pendosa yang inginkan bertaubat,
Yang memerlukan Engkau untuk membimbingku,
Pimpinlah aku Ya Allah,
Untuk terus berada di jalanMu,
Untuk sentiasa mendekatiMu
Untuk terus bersamaMu
Kerana sesungguhnya,
Tiada daya dan upaya melainkan hanya dengan bantuanMu
Seorang pendosa yang inginkan bertaubat,
Yang memerlukan Engkau untuk membimbingku,
Pimpinlah aku Ya Allah,
Untuk terus berada di jalanMu,
Untuk sentiasa mendekatiMu
Untuk terus bersamaMu
Kerana sesungguhnya,
Tiada daya dan upaya melainkan hanya dengan bantuanMu