6 hari dah
Genap lima hari dia meninggal
Tiba tiba terasa rindu dekat dia
Buka fb wall dia
Terbaca post dari kawan sekelas saya waktu form 5
Dia sahabat sejati arwah
:')
Ya Allah,
Berdegup laju jantungku
Tak terhenti air mata ini jatuh
Ikhlas sungguh ayat dia Ya Allah
Ya Allah,
Rindunya aku pada senyumannya
Rindunya aku pada gelak tawanya
Rindunya aku melihat kemesraannya
Ya Allah,
Aku terlalu rindukan dia Ya Allah
Tabahkan aku
Kuatkan aku
Ikhlaskan diriku untuk menerima pemergiannya
Ya Allah,
Tempatkanlah dia disyurgaMu
Disamping orang orang yang beriman
Kau permudahkanlah segala urusannya disana
Ya Allah,
Kuatkanlah keluarganya untuk menempuh ujian dariMu ini
Kuatkanlah kami semua Ya Allah
Kuatkan kami
:'(
Aamiin Ya Rabbal Alaamiin
الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" ''
(Qur’an, 2:156)
Aku pon sayang kau shira,
sampai bila bila
:')
No comments:
Post a Comment